twitter
rss

A. KATA  NAMA  AM DAN  KATA NAMA  KHAS

Kata Nama Am 
Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk    menyebut dan menyatakan nama benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.
Benda bernyawa ialah manusia, binatang dan tumbuhan.
Contoh:- 
  • manusia = ayah, perempuan, kerani, budak
  • binatang =  ayam, lembu, kambing, ikan
  • tumbuh -tumbuhan= pokok, betik, lalang, mawar
  • benda = pasir, batu, pisau, kereta, kasut
  • tempat = pejabat, pulau, sekolah, taman
Kata nama am dapat dibahagikan kepada nama yang konkrit dan abstrak. Kata nama konkrit berkaitan dengan nama sesuatu yang boleh dipegang dan dirasa atau dilihat. Manakala kata nama abstrak melibatkan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan.
Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

KATA NAMA KHAS
Kata nama khas digunakan untu menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.
Benda bernyawa berkaitan dengan nama manusia dan binatang. Manakala benda yang tidak bernyawa ialah tempat, judul buku, bangunan, benda dan sebagainya.
Contohnya:-
  • manusia ( nama orang) =Siti Salmah, Ahmad, Mei Ling, Subramaniam
  • binatang (nama gelaran haiwan) =Tompok, putih, Sang Bedal.
  • tempat = Melaka, Kampung Siput, Taman Melati, Jalan Pulai
  • bangunan = Pudu Raya, Masjid India, Sekolah Kebangsaan Peria.
  • judul buku = Kamus Dewan, Matahariku (novel), Keluarga (majalah)
  • benda = Proton Perdana, Pilot (pen), Seiko (jam)
Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

Latihan untuk murid tahun satu
Baca dan pilih perkataan diberi dan tulis mengikut kumpulan kata nama yang sesuai.
mata       bas      Sungai Perak     Si Putih     lima 
Proton Waja     kedai     milo    Muar      Aminah     

Kata nama am                            Kata nama khas
________________                           __________________
________________                           __________________
__________________                                        _______________________
__________________                                        _______________________
__________________                                        _______________________

Isikan tempat kosong dengan kata nama am.

kawan      ayam      pasar       bola      murid      mata


1. Roslin _____________ tahun satu.
2. Kamal dan Adi suka bermain ____________ sepak.
3. Yasmin suka makan ______________ goreng
4. Lia mengikut ibu ke _______________ malam.
5. Siti dan Ani berkawan ______________ sejak kecil.
6. Ayah membeli cermin _______________ baru.

Baca dan gariskan kata nama khas.

Encik Hamid doktor mata. Dia membuka klinik sendiri. Klinik itu terletak di bandar Puchong. Nama kliniknya ialah Klinik Mata Malik. Kliniknya dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Encik Malik ada dua orang pekerja. Nama pekerjanya ialah Cik Mazni dan Cik Siti.

B. Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terdiri daripada:
  • Kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga)
  • Kata ganti diri singkatan.
  • kata ganti tanya
  • kata ganti tempat
  • kata ganti tak tentu

Kata ganti diri pertama
digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
Kata ganti diri pertama dan penggunaannya:-
  • aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan tuhan.
  • saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam susana yang rasmi.
  • beta digunakan oleh sultan apabila bertitah kepada rakyat
  • patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • kami diguna kepada diri orang yang berkata serta tenmannya apbila bercakap dengan orang kedua.
  • kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Diri Kedua.


Merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
Kata ganti diri kedua dan penggunaannya:-
  • anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya  dengan kita.
  • engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan.
  • tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja.
  • kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata Ganti Diri Ketiga

digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.
Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya:-
  • baginda digunakan untuk raja dan sultan.
  • beliau digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu, bapa,guru dan pemimpin.
  • dia dan ia digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
  • mereka digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

Latihan

Lengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

dia          kami          saya         mereka         kita

1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa
    belajar.

2. ________ menangis kerana duitnya hilang.

3. Ini kucing_________. Namanya comot.

4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan
    kaki.

5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.






"Mendidik Jiwa dan Minda"



"Mendidik Jiwa dan Minda"



Bahasa Malaysia tahun 1 – Latihan 2


Keluarga Saya





















Ini keluarga Aiman. Keluarga Aiman terdiri daripada enam orang. Aiman ada dua orang abang dan seorang adik perempuan. Aman dan Aidil abang Aiman. Manisah adik perempuan Aiman.  
Nama ayah Aiman, Encik Roslin bin Darus. Ayah Aiman seorang pegawai polis. Nama ibu Aiman, Puan Aminah binti Dollah. Ibu Aiman seorang guru.


Latihan  A.
Lengkapkan ayat diberi berdasarkan petikan di atas.

Nama saya ialah ______________________________
Saya ada dua orang____________ dan __________
adik. Nama abang saya___________________ dan ______________. Nama adik saya________________.
Nama ibu saya ialah___________________________.
Nama bapa saya ialah ________________________.
Ayah saya seorang ________________ dan ibu saya
seorang ______________.




Latihan B.
Jawb solan kefahaman. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Siapakah nama abang Aiman?
    a. Amin dan Aman
    b. Aman dan Aidil
2. Siapakah nama adik perempuan Aiman?
    a. Mariam
    b. Manisah
3. Berapa orangkah ahli keluarga Aiman?
    a. enam
    b. tujuh
4. Apakah pekerjaan ibu Aiman?
    a. guru
    b. polis
5. Ayah Aiman seorang_______________
    a. posmen
    b. polis


Latihan C.

Tanda ( / ) pada kata nama am diberi.

Aiman

polis


ibu

Aidil


pegawai polis

Puan Aminah


taman bunga

Taman Melati


Sang Bedal

buaya


sungai

Kota Tinggi



"Mendidik Jiwa dan Minda"


Pelawat Blog