twitter
rss

Mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak mendaftar bagi tahun 1 2011 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa yang diikatan dengan KSSR.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai


3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

bagi mendapatkan keterangan lanjut, ibubapa boleh melayari web rasmi Bahagian pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat www.moe.gov.my/bpk/


Pelawat Blog